KUALA LUMPUR: Pereka artistik terkenal Firdaus Othman yang pernah tular dengan rekaan kreatif pelamin di majlis pernikahan penyanyi tersohor Yuna, dilaporkan meninggal dunia pada usia 32 tahun. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.02 pagi Jumaat di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh tim Firdaus Othman Design (FOD) di akauan Instagram. FOD sentiasa memuat naik dari semasa ke semasa keadaan kesihatan Firdaus di media sosial sehingga kali terakhir FOD memaklumkan tentang keadaan Firdaus yang semakin kritikal dan bantuan pernafasan Allahyarham terpaksa dihentikan pada Khamis. Sebelum itu, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 6 Oktober lalu selepas mengalami kemerosotan kesihatan selama sebulan. Allahyarham kemudian menjalani pembedahan pada 8 Oktober setelah disahkan terkena jangkitan kuman pada otak. Nama Allahyarham melonjak naik ketika menjadi Pengarah kreatif The Calla. Rekaan set pelamin bagi pernikahan Yuna dan...